23 October 2011

BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR MAKLUMAT WAKIL KELAS JKM

Disini disertakan panduan untuk Wakil Kelas dan Penolong Wakil Kelas bagi mengisi borang yang disediakan untuk pengemaskinian data.

Data ini akan digunakan oleh pihak persatuan untuk menghubungi sekiranya terdapat info atau maklumat penting yang harus di sampaikan kepada seluruh pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal


Bagi Langkah Pertama : pergi ke menu utama Google.


Langkah Kedua : Taip 'PPKM PKB' di petak carian google.


Langkah Ketiga : Klik pada halaman 'PPKM PKB'. Setelah itu, gerakkan halaman kebawah.


Langkah Keempat : Cari satu butang yang bernama 'CONTACTR.ME' dan klik pada butang        tersebut.


Langkah Kelima : Satu kotak dialog(Dialog box) akan keluar setelah butang  'CONTACTR.ME'        di klik. pada bahagian atas, isikan dengan Nama Penuh Anda.


Langkah Keenam : Isikan alamat Email(Email Address) anda


Langkah Ketujuh : Pada bahagian 'Subject' sila isi 'WAKIL KELAS KELAS ANDA (DENGAN HURUF BESAR) bagi Wakil Kelas. PENOLONG WAKIL KELAS KELAS ANDA (DENGAN HURUF BESAR) bagi Penolong Wakil Kelas.


Langkah Kelapan : Pada bahagian mesej. Isikan dengan 'Nama Penuh Anda, Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pendaftaran dan yang terakhir serta paling penting adalah NOMBOR TELEFON ANDA'.


Langkah Kesembilan : Isikan kod yang tertera pada bahagian yang disediakan.



Langkah Kesepuluh : Klik 'Send'. dan maklumat anda akan terus sampai ke bahagian data dan maklumat Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu(PKB).


Setelah maklumat anda sampai, anda hanya perlu menunggu dan sentiasa 'Alert' dengan setiap mesej dari Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu(PKB).




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...