22 December 2008

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

tepat jam 12 malam tadi 11/02/2011 laman blog ini dilancarkan sempena dengan malam jumaat yang diberkati Allah Swt pencipta alam ini.



Laman Blog ini dilancarkan dan ditubuhkan bagi menjadi salah satu laman yang akan memberikan informasi-informasi terkini berkenaan dengan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (PPKM) samada pemberitahuan tentang perjumpaan antara AJK PPKM ataupun perjumpaan antara Pengelola Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu Tuan Haji Mahazari Bin Mohd Zain. dengan Wakil Kelas dan Penolong Wakil Kelas Jabatan Kejuruteraan Mekankal.

Laman Blog ini juga ditubuhkan bagi menghebohkan dengan cepat dan berkesan tentang sesuatu pengumuman Jabatan Kejuruteraan Mekanikal khususnya dan Politeknik Kota Bharu khususnya.
Selain itu, diharapkan blog ini menjadi suatu wadah bagi memberikan penjelasan berkenaan sesuatu perkara yang menjadi kekeliruan dalam kalangan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan menjadi pelengkap kepada Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (PPKM) untuk mempunyai suatu laman web sendiri walaupun hanya sebuah blog.

diharapkan mana-mana pelajar yang mempunyai masalah bolehlah berhubung dengan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (PPKM)  dan menyatakan apa-apa jua masalah kepada kami dan kami akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sekian.

PPKM PKB

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...