17 July 2011

PENGESAHAN TAMAT PENGAJIAN DAN TRANSKRIP

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia

Untuk pengetahuan seluruh pelajar semester akhir yang baru sahaja tamat pengajian daripada Politeknik Kota Bharu, Pengesahan tamat pengajian dan juga transkrip peperiksaan anda akan diposkan ke tangan masing-masing selepas mesyuarat lembaga Peperiksaan Politeknik kota Bharu pada 25 & 26 Julai ini.

Kemungkinan Pengesahan tamat pengajian dan juga transkrip peperiksaan anda akan diposkan pada bulan ogos tahun ini menurut pegawai peperiksaan Politeknik kota Bharu. Diharapkan  Semua lulusan Politeknik Kota Bharu dapat bersabar dengan kesulitan ini.

Bagi memohon kemasukan ke Universiti anda bolehlah menggunakan Slip Peperiksaan anda terlebih dahulu. Harap maklum

Sebarang Masalah bolehlah di ajukan terus ke Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal khususnya bagi Pelajar dan Bekas pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pelajar dan Bekas pelajar Politeknik kota Bharu amnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...