07 July 2011

LANJUTAN TARIKH LAPORDIRI PELAJAR SENIOR PKB

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam 1 Malaysia.

Seperti yang diketahui ramai laman web PKB dan laman web SPMP telah mengalami
Server Down, ini menyukarkan Pelajar Senior bagi melapor Diri dan mendaftar modul kerana kedua-dua laman rasmi Politeknik Kota Bharu tidak dapat diakses.


Menyedari akan kesulitan yang dialami oleh seluruh pelajar senior Politeknik Kota Bharu Admin mewakili PPKM telah mendapatkan penjelasan dan tempoh berkenaan tarikh akhir melapordiri dan daftar modul pelajar senior Politeknik Kota Bharu daripada pihak Hal Ehwal Pelajar(HEP) Politeknik Kota Bharu melalui pegawai kemasukan maklumat En. Mohd Lukman Bin Awang Noh.

Penjelasan yang admin dapat : Laman Web PKB dan juga SPMP dapat di akses di dalam kawasan kampus PKB, terutamanya di Perpustakaan PKB. Dan dalam masa yang sama pihak pentadbir Web PKB dan SPMP sedang berusaha memulihkan laman Web PKB dan SPMP.

Bagi tarikh akhir pula : pelajar-pelajar Senior PKB diberi tempoh sehingga ;-

12 Julai 2011
Selasa

dan sekiranya sehingga hari ahad ini(10 Julai 2011) web PKB dan SPMP tidak dapat diakses, maka satu alternatif lain akan diambil oleh pihak Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Bharu.

segala perubahan akan admin siarkan di blog rasmi PPKM ini dari masa ke semasa.

Sekian Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...