22 December 2008

Segala artikel didalam blog ini adalah cetusan idea daripada AJK PPKM-JPP PKB sendiri dan idea daripada Penasihat PPKM-JPP PKB. Artikel dan Hebahan didalam blog ini adalah bagi memudahkan pelajar serta pelawat yang ingin mengetahui tentang aktiviti yang belum dijalankan, sedang dijalankan dan yang akan kami jalankan.

Artikel didalam blog ini juga berbentuk laporan daripada Aktiviti yang dijalankan oleh PPKM-JPP PKB. laporan ini adalah salah satu penanda aras dan suatu petunjuk prestasi supaya pelajar dan pihak pentadbiran politeknik Kota Bharu dapat menilai sendiri kerja yang dilakukan PPKM-JPP PKB.

Selain itu, blog ini juga memaparkan artikel yang dipetik dari akhbar online dan pamplete-pamplete serta naskhah-naskhah yang berkaitan dengan Politeknik samada berkenaan Politeknik Malaysia ataupun Politeknik Kota Bharu. Ini bertujuan menjadikan blog ini suatu wadah hebahan, sebarang artikel yang dipetik dari laman lain akan di'link'kan terus ke laman tersebut.

Laman blog ini juga akan membuat hebahan dari semasa ke semasa berkenaan aktiviti yang akan dijalankan oleh Politeknik Kota Bharu amnya, dan aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal(diwakili oleh PPKM) khususnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...