Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera
Salam 1 Malaysia
Bermulanya esok(Jumaat 28/10/2011) sehingga Sabtu(29/10/2011) 3 orang pelajar Jabatan kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu akan mewakili Politeknik Kota Bharu ke Kuala Terengganu bagi mengikuti Bengkel Hak Asasi Manusia Untuk Pemimpin Pelajar Politeknik Tahun 2011. Anjuran Suruhanjaya Hak - hakl Asasi manusia Malaysia(SUHAKAM) dengan kerjasama bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar Jabatan Pengajian Politeknik.
Bengkel yang akan disertai ini adalah bagi Zon timur yang mana melibatkan sebanyak 8 buah politeknik, antara politeknik yang terlibat ialah
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin(PSMZA),
Politeknik Sultan Azlan Shah(POLISAS),
Politeknik Muadzam Shah(PMS),
Politeknik Hulu Terengganu(PHT),
Politeknik Metro Kuantan(PMKU),
Politeknik Kuala Terengganu(PKT).
Setiap Politeknik akan menghantar wakil seramai 3 orang Pemimpin pelajar dan seorang pengiring yang mana jumlah keseluruhan yang akan terlibat ialah 24 orang. bengkel ini akan bertempat di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.
Bagi mewakili Politeknik Kota Bharu, mereka yang terpilih adalah
NurAziatul Azidah Binti Azhari (Naib Yang Di-Pertua II Jawatankuasan Perwakilan Pelajar PKB)
Ahmad Husni Bin Ahmad Rusdi (Bendahari Kehormat Jawatankuasan Perwakilan Pelajar PKB)
Muhamad Hasani Bin Ismail (Pengerusi Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal merangkap Biro Mekanikal Jawatankuasan Perwakilan Pelajar PKB)
Diharapkan dengan menyertai bengkel yang diadakan ini, dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada semua peserta yang mengikuti bengkel ini.
No comments:
Post a Comment