KOK LANAS 12
Sept. – satu perasmian penutup kejohanan sukan tertutup Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal Politeknik Kota Bharu telah diadakan di Dewan Jubli Perak Politeknik
Kota Bharu. Perasmian diadakan bagi meraikan para pemenang yang telah
bertungkus lumus dalam setiap kejohanan(acara) merebut kejuaraan masing –
masing.
Menurut
Pengerusi Kejohanan sukan tertutup Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PKB bagi kali
ini, saudara Muhamad Hasani Bin Ismail, kejohanan ini adalah yang kedua
diadakan secara besar – besaran dan pada kejohanan kali ini pihak penganjur
telah mempertandingkan empat acara, yang mana terdiri daripada Kejohanan Futsal,
Kejohanan Badminton, Kejohanan Bola Sepak padang, dan Kejohanan Bola Tampar
yang menawarkan sebanyak 540 penyertaan. Namun penyertaan yang diterima oleh
pihak penganjur hanyalah sebanyak 440 penyertaan, pun begitu penyertaan
tersebut amat membanggakan kerana telah mencapai 81.5% dari sasaran pihak
penganjur.
Bagi kejohanan
Futsal, ia telah diadakan di Hidayah Futsal Center dengan penyertaan seramai 18
Pasukan, dan telah dirangkul kejuaraannya oleh pasukan Belalang Fc. Bagi
kejohanan Badminton pula, ia telah disertai oleh 27 pasukan bagi beregu
campuran, dan masing – masing 6 pasukan bagi beregu campuran dan beregu
perempuan. Manakala untuk merebut kejuaraan Bola Sepak Padang, 18 pasukan
berentap dengan menunjukkan kehebatan dan skill yang tersendiri. Dengan
penyertaan seramai 8 pasukan, bola tampar tetap meriah dengan gelagat peserta.
Untuk kejohanan
badminton ia diadakan di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu dengan
kejuaraan menjadi milik pakatan Putra bagi beregu campuran yang mana sungguh
unik apabila kedua – dua ahli pasukannya adalah pasangan adik – beradik. Bagi
kejohanan bola sepak padang pula dengan menewaskan pasukan Barracuda Fc di
padang Politeknik Kota Bharu pasukan PPT Sayur dengan mudah merebut kejuaraan
Kejohahanan Bola Sepak Padang. Kejuaraan Bola Tampar kategori lelaki pula
menjadi milik DAD 5A, WhatEver pula menjadi juara Bola Tampar bagi kategori
perempuan.
Pada kejohanan
kali ini, satu peraturan baru telah dijalankan dengan setiap pemain beragama
Islam Wajib menutup aurat. Menurut pengarah program, Soon Wei Yi, ini adalah
peraturan yang dilaksanakan setelah perbincangan diantara ahli Jawatankuasa
Persatuan diadakan. Ini kerana sesuai dengan tuntutan agama yang melarang umat
islam untuk tidak menutup aurat.
“kejohanan sukan
tertutup ni, kita ambil ketetapan untuk membenarkan hanya satu acara bagi
seorang pelajar. Ini kerana, tempat atau penyertaan disediakan terhad, sedangkan kita perlu
mengcover hamper 1500 pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal” ulas ketua
penasihat PPKM PKB, En. Ahmad Suhaimi Bin Arshad.
Menurut Ahmad
Suhaimi lagi, InsyaAllah kejohanan sukan tertutup Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal Politeknik Kota Bharu akan diadakan program’Wajib Laksana’ bagi
setiap Semester memandangkan sambutan yang diterima menggalakkan dan mendapat
permintaan dalam kalangan pelajar Jabatan kejuruteraan Mekanikal Politeknik
Kota Bharu.
Harapan pihak
penganjur kepada seluruh pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal adalah,
diharapkan dapat memeriahkan lagi kejohanan sukan tertutup Jabatan kejuruteraan
Mekanikal dengan menyertai kejohanan sukan tertutup yang akan dijalankan lagi
selepas ini. Ini kerana, setiap
penyertaan adalah percuma tanpa dikenakan sebarang bayaran bagi setiap
penyertaan.
Bagi menambah
baik sistem pengurusan, pengarah program Soon Wei Yi menjelaskan “bagi semester
hadapan, kami mencadangkan untuk menggunakan teknologi yang ada, yang mana
setiap penyertaan harus dilakukan dengan melayari laman web rasmi Persatuan
Pelajar kejuruteraan mekanikal di alamat HTTP://PPKMPKB.BLOSPOT.COM”
Mewakili pihak
penganjur, Pengerusi Kejohanan saudara Muhamad Hasani mengucapkan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kejohanan kali ini, samada
secara langsung mahupun tidak langsung, beliau juga memohon maaf diatas segala
kekurangan yang berlaku sepanjang kejohanan berlangsung.
No comments:
Post a Comment