08 September 2011

RAPTAI PENUH KEMBARA AIDILFITRI 2011

Assalamualaikum WBT
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia

Pada hari ini, satu lagi Raptai penuh Majlis Perasmian Kembara Merdeka Aidilfitri yang akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Komunikasi, kebudayaan dan Penerangan Malaysia, telah di adakan.


Raptai pada hari ini telah di kendalikan oleh pihak Jabatan Penerangan Negeri Kelantan bekerjasama dengan pihak PETEKMA(Persatuan Pemandu Teksi Malaysia cawangan Kelantan). 

Mengikut Perancangan dan raptai yang telah dijalankan, ketibaan Yang Berhormat Dato' Seri Utama Rais Yatim akan disambut oleh pihak PETEKMA, Jabatan Penerangan dan 54 pembawa bendera menandakan 54 tahun negara merdeka serta diiringi 14 pembawa pulut semangat serta 14 pembawa bunga manggar.

Yang Berhormat Dato' Seri Utama Rais Yatim, akan berhenti dan melaungkan laungan keramat 'MERDEKA' sebanyak 3 kali seterusnya di ikuti oleh seluruh hadirin yang berada di sekitar tempat laungan, kemudian barulah Yang Berhormat Dato' Seri Utama Rais Yatim, akan di iringi masuk ke dewan.

Setelah itu, nyanyian lagu negaraku akan berkumandang, ucapan oleh Yb. Senator Dato' Dr' Awang Adek Husin Timb. Menteri Kewangan Malaysia. Ucapan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, kemudiaannya ucapan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Utama Rais Yatim, dan seterusnya merasmikan  Kembara Merdeka Aidilfitri bagi tahun 2011.

Rasmi sahaja majlis, maka Yang Berhormat Dato' Seri Utama Rais Yatim dan hadirin di hiburkan pula oleh penyanyi tempatan iaitu jemy intan Berlian dengan lagu 'Lawa.. Lawa.. Lawa'. dan seterusnya lagu - lagu patriotik.

Setelah perasmian, Yang Berhormat Dato' Seri Utama Rais Yatim, akan melepaskan konvoi merdeka sebanyak 54 buah kenderaan yang di anggotai oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi, dan kereta. 

begitulah serba ringkas berkenaan aturcara yang akan berlangsung pada keesokan hari.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...