06 September 2011

RAPTAI MAJLIS KEMBARA MERDEKA AIDILFITRI 2011

Assalamualaikum W.B.T
Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia

Bermula hari ini, pihak Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal di minta untuk menghantar wakil seramai 10 orang bagi membuat persiapan menyambut Yang Berhormat Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Komunikasi, kebudayaan dan Penerangan Malaysia yang dijangka akan tiba di Politeknik Kota Bharu bagi merasmikan Majlis Kembara Merdeka Aidilfitri 2011.


Antara persiapan yang dilakukan ialah dengan membuat raptai penuh majlis yang akan diadakan pada hari Khamis, 08 September 2011 bersamaan dengan 10 Syawal 1432 Hijrah.

Pada Raptai tersebut seramai 54 Orang telah dipilih bagi memegang 54 bendera yang mana akan mengiringi Yb. Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Komunikasi, kebudayaan dan Penerangan Malaysia masuk ke Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu di mana berlangsungnya majlis tersebut. ia diwakili oleh 27 orang pemegang bendera lelaki dan 27 pemegang bendera perempuan yang mewakili 54 tahun kemerdekaan negara.
Pembahagian tugas oleh En. Mohd Shaiful Azhar selaku
 Pegawai Hal Ehwal Pelajar  Politeknik Kota Bharu

Selain itu 14 pembawa Pulut Semangat serta 14 pembawa bunga manggar juga telah dipilih bagi sama-sama mengiringi Yang Berhormat Dato' Seri Utama Rais Yatim, Menteri Komunikasi, kebudayaan dan Penerangan Malaysia masuk kedewan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...