22 March 2011

SUKAN TERTUTUP JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL PKB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Disini ingin diumumkan suatu hebahan bahawa Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu akan mengadakan suatu kejohanan sukan tertutup peringkat Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

Kejohanan ini walaupun
agak lewat dari perancangan asal namun tetap akan dijalankan seperti biasa. Namun, dari segi acara yang dipertandingkan akan dikurangkan daripada 7 acara kepada 3 acara sahaja yang akan dipertandingkan.

Antara Acara yang akan dipertandingkan ialah :-

  • Kejohanan Futsal
  • Kejohanan Bola Sepak Padang
  • Kejohanan Bedminton
    • Beregu Lelaki
    • Beregu Perempuan
    • Beregu Campuran



Kejohanan Futsal yang akan dipertandingkan ialah pada hari Jumaat 25 Mac 2011 bersamaan 20 Rabiulakhir 1432 bertempat di Hidayah Futsal Center. Bermula Pada jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 Petang

Manakala Kejohanan Bola Sepak Padang pula akan berlangsung di Padang Bola Sepak Politeknik Kota Bharu pada hari Sabtu 26 Mac 2011 bersamaan 21 RabiulAkhir 1432. Bermula jam 8.00 pagi hingga jam 5.00 Petang.

Kejohanan Badminton pula akan berlangsung pada 01 April 2011 bersamaan 27 RabiulAkhir 1432 bertempat di Dewan Jubli Perak Politeknik Kota Bharu. Bermula jam 8.00 Pagi Hingga jam 5.00 Petang(Raket Tidak Disediakan)

Untuk menyertai kejohanan ini tiada sebarang bayaran ataupun yuran yang akan dikenakan kepada SEMUA PASUKAN YANG BERTANDING..!

dan bagi sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan borang dengan nama - nama berikut :-

  • Amir Bin Yaacob (014 8014198)
  • Mohd Fauzi Bin Md Roskan (013 9083157)
  • Muhamad Hasani Bin Ismail (014 5062313)

Tarikh tutup Penyertaan adalah pada 24 Mac 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...