07 April 2011

PROGRAM PEMANTAPAN KURSUS JKM

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera

Salam 1Malaysia

Hari ini satu lagi
aktiviti telah dijalankan oleh Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (PPKM) bagi meningkatkan mutu dan kecemerlangan JKM-PKB dalam bidang akademik apabila PPKM telah menganjurkan PROGRAM PEMANTAPAN KURSUS JKM yang melibatkan kursus KajiDaya Mesin dan Mekanik Bendalir.

kursus-kursus ini melibatkan semester 5 dan semester 4 bagi kelas yang ada di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Program ini telah dirasmikan oleh Yang Mulia Engku Muhammad bin Engku ali selaku Ketua jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik kota Bharu.

Ym Engku Muhammad Bin Engku Ali semasa menyampaikan amanat dan merasmikan program.

program yang berlangsung selama sehari ini mendapat sambutan daripada pelajar yang amat menggalakkan walaupun masih ramai lagi yang ingin memasuki program ini tetapi kami terpaksa menghadkan kerana terdapat beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Para Pelajar yang terlibat

Para pelajar tekun mendengar amanat dari Ym Kj JKM

Antara Pelajar yang terlibat
Para pelajar memenuhi dewan mendengar amanat Ym Kj JKM PKB
sebelum memulakan program

pada pagi 07 April jam 8.00 pagi pendaftaran peserta dan pensyarah serta majlis perasmian diadakan di dewan Kuliah 02 memandangkan pelajar yang ramai Dewan Kuliah 2 agak padat dengan pelajar namun para pelajar mendapat tempat duduk yang secukupnya dan sempuran memandangkan Dewan Kuliah 02 agak besar berbanding dewan kuliah lain.

Para Pensyarah juga tidak ketinggalan mendengar amanat dari
Ym Kj JKM PKB

Antara pensyarah yang terlibat

Penyelaras PPKM En. Ahmad Suhaimi yang banyak membantu bagi
 melancarkan program pada hari ini
Penyelaras PPKM En. Ahmad Suhaimi menyampaikan sedikit cenderahati
 kepada Ym Kj JKM PKB  
Sepanjang program ini pihak AJK mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan aktiviti ini, terutamanya Penyelaras PPKM En. Ahmad Suhaimi Bin Arsyad dan juga penasihat PPKM Encik Mohd Lukman Bin Awang Noh serta tidak ketinggalan En. Muhammad Bin Hitam@Yahaya yang mengorbankan masa dan tenaga bagi menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...