Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Ayahanda Pengarah Politeknik Kota Bharu iaitu Tuan Haji Noor Azahan Bin Othman selaku Tuan Rumah dan juga penganjur kejohanan.
Walaupun UITM menurunkan bakat - bakat besar dalam bidang persilatan iaitu para pelapis Negeri Kelantan namun tentangan yang diberikan oleh pihak Politeknik Kota Bharu juga tidak kurang hebatnya.
Seperti biasa Jabatana ataupun kursus yang paling aktif dibawah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menurunkan barisan pemain yang tak kurang hebatnya daripada Jabatan Pertanian, dan jika dilihat dari penyertaan peserta kebanyakan peserta Politeknik Kota Bharu di wakili oleh pelajar - pelajar Jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian.
Dan gabungan antara DPT FIGHTER dan DPT CREW amatlah memberansangkan sehingga mampu memberi saingan yang sengit kepada pihak lawan dari UITM, dan tidak lupa juga PPKM sendiri telah menurunkan PENGERUSINYA dan EXCO KOMUNIKASI KORPORATNYA untuk memberikan tentangan kepada pihak lawan. Tahniah..! diucapkan kepada Pengerusi PPKM iaitu Amir Bin Yaacob dan juga Exco Komunikasi korporat PPKM, Siti Haizah.
Walaupun Politeknik Kota Bharu menerima kekalahan namun tidaklah seteruk mana kerana pihak Politeknik Kota Bharu tetap berjaya meraih beberapa pingat. dan pihak Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu mengucapkan Tahniah...! dan syabas kepada mereka yang memenangi acara silat ini dalam beberapa kategori dan bagi yang tidak berjaya jadikan ini sebagai suatu pengalaman.
Wassalam
No comments:
Post a Comment