08 March 2011

KONVOKESYEN KALI KE - 24

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada 08/03/2011 satu majlis Konvoesyen kali ke -24 telah di adakan bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu bertempat di Dewan Jubli Perak dan telah dirasmikan oleh Yb Dato' Haji Alwi ADUN KOK LANAS.

Menurut dari sumber rasmi pada kali ini seramai 743 lulusan Politeknik telah
berjaya menjadi graduan pada tahun lepas iaitu pada tahun 2010. Dari 743 graduan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, 410 graduan adalah mereka yang lulus pada sesi Januari 2010, manakala yang selebihnya seramai 333 orang graduan adalah mereka yang lulus pada sesi Julai 2010.



Dan jika dipecahkan lagi graduan yang lulus pada tahun 2010 :-

- Daripada kursus Diploma Automotif Diesel(DAD) seramai 214 orang graduan.
- Daripada kursus Diploma Mekatronik(DEM) serama 74 seramai orang graduan
- Daripada Kursus Diploma kejuruteraan Mekanikal Pertanian(DPT) seramai 148 graduan.
- Daripada kursus Sijil Kejuruteraan Mekanikal(SKM) seramai 132 orang Graduan
- Daripada kursus Sijil Automotif Diesel(SAD) seramai 49 orang graduan.
- Daripada kursus Sijil Kejuruteraan Mekanikal Pertanian(SPT) seramai 126 orang graduan

dan ini menjadikan kesemuanya seramai 743 orang graduan daripada Jabatan kejuruteraan Mekanikal yang dilahirkan oleh Politeknik Kota Bharu bagi tahun 2010.

seperti konvokesyen - konvokesyen sebelum ini Politeknik Kota Bharu juga menyediakan tapak - tapak bagi sesiapa yang ingin berniaga sepanjang empat hari konvokesyen dan seperti biasa, tapak - tapak yang disediakan habis disewa dalam masa kurang sminggu...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...