22 February 2011

RINGKASAN LAWATAN KERJA KE PPUO

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

     Pada 17 Februari 2011 yang lepas bersamaan 14 RabiulAwal Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Polieknik Kota Bharu telah membuat lawatan kerja keatas Kelab Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Premier Ungku Omar. Walaupun Kedatangan kami dimaklumkan agak lewat iaitu
sehari sebelum kedatangan kami(PPKM PKB) tetpi kami amat berbangga dan berpuashati dengan layanan yang diberikan oleh pihak KPKM PPUO(Kelab Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Premier Ungku Omar) kerana layanan dan persediaan yang dilakukan cukup rapi dan memuaskan, ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pengurusan KPKM PPUO adalah pengurusan yang terbaik dengan dianggotai oleh pelajar - pelajar yang berkaliber.


     Antara Intipati dan program yang di jalankan sepanjang kami membuat lawatan kerja adalah :-


  1. Mendengar taklimat tentang aktiviti yang telah dan akan dijalankan oleh KPKM PPUO.
  2. Bertukar - tukar pandangan berkenaan aktiviti dan beberapa perkara berkenaan kebajikan pelajar.
  3. Saling berkongsi buah idea bagi meningkatkan lagi pencapaian Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di politeknik masing - masing.
    
     Selain itu, Ketua Jabatan Mekanikal PPUO telah menyarankan agar kami merancang agar diadakan 1 konvensyen ataupun majlis bagi seluruh Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal seluruh Politeknik. dan ianya suatu cadangan yang agak baik dan buah idea yang bernas daripada seorang Ketua Jabatan.

     Sepanjang lawatan kami, kami amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh warga PPUO terutamanya di Jabatan Laut(Marine Department) dan jabatan Automotif PPUO. Dan kami amat terhibur dengan telatah salah seorang pensyarah di jabatan laut PPUO yang memberikan taklimat dengan bersahaja dan komedi, yang mana dapat mencuit hati kami.

     Akhir Kata melalui saluran media baru ini, kami pihak PPKM PKB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KPKM PPUO di atas segala kerjasama dan layanan yang diberikan sepanjang lawatan kami.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...