21 June 2011

PORTFOLIO BARU EXCO PPKM

Admin baru je balik dari perjumpaan dengan Puan Rosnani Hassan salah sorang penasihat Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal (PPKM) Politeknik Kota Bharu. Dalam perbincangan tadi beberapa perkara telah di persetujui, antaranya kemungkinan salah sorang exco akan bertukar Portfolio, dan satu portfolio akan di rombak dan di gabung bersama portfolio yang lain.


portfolio yang akan diwujudkan adalah portfolio 'KEUSAHAWANAN' ini kerana portfolio ini amat penting bagi sesebuah persatuan pelajar Jabatan, ini kerana melalui program keusahawanan yang akan dijalankan, ia akan dapat memberi manfaat kepada pelajar melalui taklimat dan latihan yang akan diadakan.

Taklimat dan latihan ini akan dikendalikan oleh seorang Exco dengan satu jawatankuasa yang akan dibentuk dan diletakkan di bawah pengawasan exco keusahawanan. Antara aktiviti ataupun program yang akan dilaksanakan dan diletakkan dibawah kendalian Exco Keusahawanan ialah, 'PASAR TANI MEGA'. program ini akan dibuka penyertaannya kepada seluruh pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang berminat untuk mengendalikan satu gerai sempena PTM yang akan dijalankan.

setiap peserta akan dibekalkan modal dan diberikan satu tapak untuk berniaga, namun hanya mereka yang melepasi tapisan sahaja yang akan mendapat peluang untuk menyertai program ini. Maklumat lanjut berkenaan program ini akan dimuatkan kembali didalam Blog Rasmi PPKM.

berbalik kepada pertukaran portfolio Exco, ia akan diumumkan kembali setelah perbincangan lanjutan mengambil kata sepakat.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...