22 June 2011

WATANIAH PKB CEMERLANG

Seramai 41 orang pelajar PKB yang menyertai Pasukan Askar Wataniah telah mengikuti Kursus Asas Perajurit Muda siri 2/2011 bermula 23 mei-21 Jun 2011 bertempat di Kem Latihan Rejimen 506 Sungai Durian, Kuala Krai Kelantan. 

Bilangan peserta keseluruhan adalah 135 orang yang terdiri daripada pelajar Politeknik Kota Bharu, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Institut Perguruan Guru Kota Bharu (IPGKB) dan Pondok Moden Kandis. 4 orang anggota PKB menerima anugerah daripada 5 kategori  yang dipertandingkan iaitu 


Penembak Terbaik oleh Mohd Faiz Najmi bin Abd Saad (DUB), 


Kawad Wanita Terbaik oleh Noor Azreen bt Azhar (DPP) , 


Kawad Lelaki Terbaik oleh Mohamad Khalis bin Nordin (DEM) 


dan Penuntut Keseluruhan Terbaik oleh Muhamad Hishazwan bin Isa (DAD). 


Cuma kategori Akademik Terbaik disandang oleh Pelajar Institut perguruan Guru (IPGKB). En Mohd Raime bin Ahmad, Ketua Unit Kokurikulum PKB mewakili Pengarah PKB ke Majlis Penutup pada 19 Jun amat berbangga dengan kejayaan ini.


 Kejayaan yang dicapai hasil usaha yang ditunjukkan oleh semua anggota Askar Wataniah PKB yang mengikuti kursus ini dan juga usaha dan semangat yang dicurahkan oleh Penasihat Pasukan Askar Wataniah PKB iaitu Leftenan Mohd Azri bin Abdul Ghani.Sepanjang 30 hari kursus pelajar telah didedahkan dengan perbagai Ilmu Asas Ketenteraan bagi melatih seorang Soldadu yang terlatih dengan semangat kerjasama, setiakawanberdisiplin,ketahanan mental dan fizikal,meningkatkan tahap kecerdasan jasmani agar mereka mampu melaksanakan tugas di dalam situasi yang mencabar dan tertekan serta akan lebih bersemangat untuk menjadi pelajar yang cemerlang.


P/s : Admin turut berbangga dengan kejayaan yang diraih ditambah lagi dua anggota yang mendapat anugerah adalah daripada Jabatan kejuruteraan Mekanikal, dengan berbesar hati Admin mewakili keseluruhan Exco Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu mengucapkan Jutaan TAHNIAH kepada kadet yang meraih anugerah tersebut....!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...