Assalamualaikum dan salam sejahtera
Perjumpaan antara Encik Mahazari dan Wakil Kelas&Penolong Wakil Kelas tadi memang betul-betul mengecewakan sesiapa sahaja yang hadir pada am 5.00petang tadi, ini mungkin disebabkan Wakil Kelas tidak mendapat makluman sewajarnya, bagaimanakah lagi cara atau kaedah yang harus Admin serta rakan-rakan AJK PPKM harus buat supaya semua
Wakil Kelas dan Penolong Wakil Kelas dapat hadir dan berkumpul bersama-sama bagi memberikan cadangan dan idea ke arah pemantapan Pencapaian Jabatan Kejuruteraan Mekanikal??
Wakil Kelas dan Penolong Wakil Kelas dapat hadir dan berkumpul bersama-sama bagi memberikan cadangan dan idea ke arah pemantapan Pencapaian Jabatan Kejuruteraan Mekanikal??
Mungkin Bagi mereka(Wakil Kelas&Penolong Wakil Kelas) perjumpaan ini tidaklah sepenting mana, tetapi mereka harus tahu bahawa buah fikiran ramai adalah lebih baik dari buah fikiran seorang..!
Tapi apa-apa hal sekalipun Admin dan rakan-raka didalam PPKM ingin mengucapkan terima kasih dan TAHNIAH KEPADA Wakil Kelas&Penolong Wakil Kelas yang hadir pada perjumpaan kali ini. dan buah fikiran anda amatlah dihargai oleh kami di PPKM.
Antara isu dan perkara yang disentuh pada perjumpaan kali ini adalah berkenaan :-
1. SUKAN, sebagaimana yang dipersetujui didalam perjumpaan tadi kami telah tetapkan Sukan tertutup Jabatan Kejuruteraan mekanikal akan diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu bertarikh 18&19 Mac 2011. Antara acara yang dipertandingkan ialah :-
a. Bola Jaring
b. Futsal
c. Bola Tampar
d. Takraw
e. Tenis
f. Badminton
2. PASAR TANI MEGA, bagi perkara ini satu hebahan telah dihebahkan tadi, bahawa Pengarah telah memperuntukkan sejumlah RM25, 000.00 bagi projek keusahawanan bagi pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. dan kelulusan daripada pengelola Program ini adalah sebanyak RM10, 000.00. Kami menetepkan bahawa PTM ini akan diadakan seminggu sekali pada hari selasa. Dan menyasarkan satu kelas dengan satu gerai, bagi sesiapa yang berminat bolehlah mengisi borang yang akan dikeluarkan nanti.
bagi permulaan modal akan diberikan dan keuntungan daripada hasil jualan ialah 80% Pelajar, dan 20% Kelas. Jadi sesiapa yang berminat dan ingin memeriahkan lagi PTM PKB bolehlah mengisi borang. atau menghubungi Bendahari PPKM-PKB.
Sekian,
No comments:
Post a Comment