14 February 2011

LAWATAN KERJA KE PPUO

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Pada Ruangan Bicara kali ini, Admin ingin menghebahkan bahawa seramai 21 AJK PPKM(Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal) dari Politeknik Kota Bharu akan membuat lawatan kerja ke atas PPKM(Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal) Politeknik Premier Ungku Omar selama sehari bagi bertukar idea serta berkongsi pengalaman dalam mentadbir serta mengurus Persatuan di
Politeknik masing-masing.



PPKM PKB juga berharap dapat menjalinkan hubungan yang erat antara PPKM PKB dan PPKM PPUO, supaya kami sama-sama dapat menjaga kebajikan pelajar kejuruteraan mekanikal di Politeknik Masing-masing.

lawatan kerja ini akan dilakukan pada :-

Hari : Khamis
Tarikh : 17 Februari 2011
Masa : 9.00 Pagi - 12.00 t/hari
Bilangan delegasi : 21 Orang
Pengiring : 4 Orang

Program Teambuilding pada :-

Hari : Jumaat & Sabtu
Tarikh : 18 & 19 Februari 2011 
Bilangan peserta : 21 Orang
Pengiring : 2 Orang
Penceramah : 2 Orang


Selain itu, lawatan kerja ini dilakukan berserta dengan program teambuilding ke Pulau Pangkor. Program ini diadakan bertujuan mengeratkan lagi sikap bekerjasama dalam kalangan AJK PPKM PKB. Program ini diadakan dibawah seliaan Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal sendiri yang mana  program ini adalah salah satu aktiviti PPKM PKB bagi menunjukkan bahawa PPKM PKB adalah suatu Persatuan Pelajar yang aktif dalam mengadakan apa-apa jua aktiviti.

Diharapkan Program Teambuilding ini akan dapat membina semangat bersatu-padu, bekerjasama dan semangat kesungguhan dalam diri setiap AJK PPKM. Program ini juga, diharapkan dapat memantapkan lagi kecekapan AJK PPKM dalam menguruskan Persatuan, kerana menurut takwim yang dikeluarkan(klik disini) oleh Majlis Tertinggi PPKM selepas dibawa ke mesyuarat PPKM, PPKM masih lagi mempunyai beberapa acara/aktiviti yang perlu di laksanakan.

Laporan lengkap dan CAPER(Catatan Perjalanan) akan masukkan ke laman PPKM sebaik sahaja kami balik dari Lawatan kerja dan selesai melaksanakan Program tersebut. Pengisian dan faedah yang kami perolehi dari program ini akan kami masukkan kedalam laman ini selepas selesai semuanya. Dan kami berharap agar lawatan Kerja dan Program ini dapat berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...