Assalamualaikum W.b.t. dan salam sejahtera
Salam 1 Malaysia
Pada 06 ~ 08 Mei yang lepas telah diadakan satu kem pemantapan pelapis bagi Ahlijawatan Kuasa Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) yang bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Besut Terengganu Darul Iman.
Pada kem kali ini seramai 17 Ajk telah terlibat dengan 3 daripadanya adalah Exco Senior yang mana akan menamatkan pengajian di Politeknik Kota Bharu telah menjadi fasilitator manakala 15 pelapis lagi menjadi peserta untuk dilatih menjadi pemimpin bagi menggantikan Exco Senior yang akan melepaskan jawatan masing – masing setelah menamatkan pengajian di Politeknik Kota Bharu.
Mengikut jangkaan asal seramai 24 Ajk yang akan terlibat namun atas sebab – sebab tertentu seramai 7 Ajk tidak dapat menghadirkan diri ke Kem Pemantapan Pelapis kali ini. Namun jasa dan pengorbanan mereka tetap kami tidak dapat lupakan.
Kem Pemantapan kali ini, kami mengadakan beberapa aktiviti bagi merapatkan lagi jurang kerjasama antara pelapis dan juga melatih pelapis agar lebih berdaya kepimpinan dalam menjalankan tugas. Antara aktiviti yang diadakan adalah :-
- Pembahagian kumpulan
- Latihan dalam kumpulan
- Ceramah bagi menyiapkan kertas kerja
- Berakit
- Dan juga merentas hutan
Rumusan yang dapat dibuat adalah, aktiviti yang dijalankan adalah bagi memantapkan lagi semangat berpasukan dalam diri kami pelapis Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM). Selain itu, kami juga dapat mengenali dengan lebih dekat lagi antara satu sama lain, tamabahan Exco yang baru dipilih.
Akhir kata, Admin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Exco senior selaku fasilitator sepanjang kem iaitu Amir Yaacob, Effendi Hasibuan Shamsudin dan Nik Aisyah Ameera Nik Wan Abdul Basir.
Dengan berakhirnya Kem Pemantapan Ini maka tamatlah sudah perkhidmatan semua Exco bagi penggal Disember 2010, dengan perletakan jawatan Amir Bin Yaacob selaku pengerusi maka kami semua Exco juga melepaskan semua jawatan kami didalam Persatuan Pelajar kejuruteraan Mekanikal(PPKM) bagi sesi disember 2010.
Perlantikan ke jawatan baru akan disusun kembali oleh Penyelaras dengan bantuan daripada Penasihat – penasihat persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu. Perlantikan jawatan bagi semua Exco akan diumumkan di Blog ini dan di Laman facebook Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu.
No comments:
Post a Comment