16 May 2011

KEHILANGAN PENASIHAT

Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera

Salam 1 Malaysia

Tanggal 16 Mei 2011 pada hari ini menjadi tarikh duka buat semua Ahli Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu samada ahli Majlis Tertingginya mahupun dalam kalangan Exco apabila salah seorang penasihat Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) iaitu
En. Mohd Lukman Bin Awang Noh meninggalkan Persatuan Pelajar Kejuruteraan mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu.
 
Bagi Exco yang baru dilantik kemungkinan mereka masih lagi tidak mengenali En. Mohd Lukman Bin Awang Noh, namun bagi Exco – Exco yang telah berada selama satu penggal di dalam Persatuan Pelajar Kejuruteraan mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu mereka akan lebih mengenali En. Mohd Lukman sebagai seorang Penasihat yang berkebolehan, sporting, baikhati, mengambil berat akan persatuan dan sebagainya.

Namun disebabkan desakan tugas En.Mohd Lukman terpaksa jua meninggalkan Persatuan Pelajar Kejuruteraan mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu walaupun telah menjadi penasihat selama hampir 5 tahun iaitu dari tahun 2007 ~ 2011. Sebelum ini En. Mohd Lukman telah bertugas di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu, namun disebabkan perkhidmatan yang cemerlang, En. Mohd Lukman telah dinaikkan pangkat dan bertugas sepenuhnya di Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Kota Bharu.

Walaupun sedih disebabkan perpisahan ini, namun semua exco redha dengan kehendakNYA kerana “Setiap Pertemuan, PASTI ada Perpisahan.” Dan setiap Exco berharap agar penasihat baru yang akan dilantik juga mempunyai kebolehan seperti En. Mohd Lukman iaitu berkarisma, berkebolehan, baikhati, sporting dan pandai mengambil hati exco – exco.


Bagi mewakili semua exco – exco Timbalan Pengerusi Persatuan Pelajar Kejuruteraan mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu, Muhamad Hasani bin Ismail, mengucapkan ‘TAHNIAH’ diatas kenaikan pangkat tersebut dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala pengorbanan yang dicurahkan oleh En. Mohd Lukman terhadap persatuan dan detik – detik manis dan kenangan indah bersama En. Lukman tidak akan dilupakan hingga ke akhir hayat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...