23 September 2011

KEJOHANAN SUKAN TERTUTUP JKM PKB SESI JUN 2011

Assalamualaikum W.b.t dan Salam Sejahtera
Salam 1 Malaysia

23 September 2011 - Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah taala kerana dengan limpah nikmat dan kurnia-Nya. Diizinkannya untuk Kejohanan Sukan tertutup JKM PKB bermula pada hari ini, dengan dimulakan dengan Acara kejohanan Futsal.


Pendaftaran Peserta


Pada hari ini, seramai 18 pasukan yang telah berdaftar dengan penganjur telah pun hadir dan memeriahkan kejohanan pada hari ini dengan gaya mereka yang tersendiri bagi merebut kejuaraan bagi kejohanan futsal Jabatan Kejuruteraan Mekanikal pada semester ini.

Antara Pasukan yang telah berdaftar adalah :-

- Mai Mana?
- Zero Fc
- Chicken
- DPT 3C



- House Pink (B)
- Time Malay Fc
- Mechanical Park Ranger



- Neon FC
- JFK Fc
- Belalang Fc



- Bantai Fc
- Auto Team
- Skoda Fc
- Optimis Fc
- DKM Guys Fc
- FBT
- House Pink(A)
- Rider's Fc

Empat Pasukan yang terpilih ke peringkat Akhir adalah pasukan DPT 3C, Mekanikal Park Ranger, Belalang FC, dan FBT. Perlawanan di teruskan lagi bagi mencari Juara dan Naib Juara kejohanan Futsal kali ini apabila Pasukan Mekanikal Park Ranger bertembung dengan Pasukan Belalang FC. Bagi Mencari tempat ketiga dan keempat pula, Pasukan DPT 3C bertembung dengan Pasukan FBT.

Kesudahannya, Juara bagi Kejohanan Sukan Tertutup JKM PKB bagi Acara Kejohanan Futsal telah di rangkul oleh pasukan Belalang FC. Naib Juara dimenangi oleh pasukan Mekanikal Park Ranger, tempat ketiga dan keempat pula masing - masing di sandangg oleh pasukan DPT 3Cdan Pasukan FBT.

Kejohanan Futsal pada kali ini telah di adili oleh enam orang pengadil yang berhempas pulas bagi memastikan kejohanan berjalan dengan lancar dan keputusan yang diberikan adalah keputusan yang adil dan saksama, mereka ialah saudara Iskandar(IS), saudara Firdaus(TAK), Saudara Anas Rifqi(ANAS), saudara Shahril Rafizi(JOHN), saudara Nadzrul dan juga saudara Fazrul.

Para Pengadil Kejohanan

Kejohanan Sukan Tertutup JKM PKB akan di teruskan lagi dengan acara seterusnya iaitu Kejohanan Bola Sepak Padang yang akan direbut kejuaraanya oleh 17 Pasukan bertanding. Kejohanan ini akan di pertandingkan pada Hari Jumaat, 30 September 2011 bertempat di Padang Bola Astaka Politeknik Kota Bharu. Para Pelajar Dijemput Hadir bagi memberikan sokongan kepada pasukan masing - masing dan seterusnya memeriahkan lagi kejohanan Sukan Tertutup JKM PKB pada kali ini.

Pasukan yang layak ke pusingan Akhir

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...