22 August 2011

PROGRAM PERTAMA PPKM SESI JUN 2011

Assalamualaikum W.b.t
Salam Sejahtera
dan
Salam 1 Malaysia

Setelah bertungkus lumus selama hampir seminggu, pada hari ini tepat jam 12.15 tengahari kertas kerja bagi 2 program anjuran Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) bagi sesi Jun 2011 di luluskan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Noor Azahan Bin Othman, Pengarah Politeknik Kota Bharu dengan sokongan Ym. Tuan haji Engku Muhammad Bin Engku Ali selaku Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal(JKM).


Dua Program yang diluluskan pada tengahari tadi adalah :-

- Hari Ukhuwah Mekanikal
- Kejohanan Sukan tertutup JKM

Terima Kasih diucapkan kepada Soon Wei Yi dan juga Abdul Rahim Maliki selaku Pengarah Program bagi Kejohanan Sukan Tertutup JKM dan juga Hari Ukhuwah Mekanikal, yang mana telah bertungkus lumus dan berpenat lelah bagi memastikan kedua - dua program mendapat kelulusan dari Yang Berbahagia Pengarah Politeknik Kota Bharu.

Mengikut perancangan Hari Ukhuwah Mekanikal di jangka berlangsung pada 14 September 2011 iaitu 2 minggu setelah cuti hari raya AidilFitri,

Bagi Kejohanan Sukan Tertutup JKM pula di jangka akan berlangsung pada 23,24,30 September dan 01 Oktober serta 05 Oktober bagi Majlis Perasmian Penutup.

Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa setelah Mesyuarat pengurusan program di adakan pada hari Selasa, 23/08/2011.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...