20 July 2011

KEPUTUSAN PRK PKB SESI JUN 2011


Alhamdulillah hari ini dah di umumkan keputusan Pilihanraya Kampus Politeknik Kota Bharu bagi sesi Jun 2011. Melihat kepada keputusan Pilihanraya tersebut, hati Admin
berbunga riangapabila 3 daripada calon yang memenangi Pilihanraya Kampus bagi Kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar(JPP) Politeknik Kota Bharu adalah bekas Exco PPKM yang pernah sama-sama berjuang bersama admin semasa didalam Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal.


Mewakili Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal Admin mengucapkan TAHNIAH dan SYABAS buat bekas Exco Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal yang telah memenangi kerusi Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu bagi sesi kali ini.

Mengikut statistik seramai 24 Calon telah bertanding bagi merebut 12 kerusi yang dipertandingkan, dari 12 Kerusi yang dipertandingkan 7 Kerusi darinya dimenangi oleh Calon Dari Kejuruteraan Mekanikal, masing-masing 2 dari Jabatan Kejuruteraan Awam dan Elektrik, dan 1 kerusi dari Jabatan Perdagangan.

Dari segi Majoriti, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah berjaya meraih Majoriti mudah dengan memenangi 7 kerusi dari 12 kerusi yang dipertandingkan.

Tahniah diucapkan kepada bekas - bekas Exco PPKM :-

1) Azilah Binti Abidin
2) Norhazimah Binti Abdul Rani
3) Muhammad Naqiuddin Bin Hassan

kerana telah memenangi Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu.

Tahniah juga diucapkan kepada :-

1) Safiah Binti Sanusi
2) Nur Imamah Binti Mohd Zulkarnain
3) Mohamad Daud Bin Md. Ali
4) Naiem Bin Ahmad Dahalan

Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang telah memenangi Pilihanraya Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Kota Bharu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...