17 February 2011

4 POLITEKNIK METrO AKAN DIBINA

KERAJAAN bersetuju membina empat Politeknik Metro tahun ini dan enam lagi politeknik sama dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi menampung keperluan sumber manusia di sektor industri perkhidmatan. Beliau berkata, pembinaan Politeknik Metro hanya memerlukan peruntukan RM20 juta berbanding politeknik tradisional yang berharga antara RM300 juta hingga RM350 juta. “Politeknik Metro akan ditonjolkan sebagai
pusat menampung keperluan industri perkhidmatan yang pada masa ini kurang pekerja mahir.



“Pemilihan bandar besar bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung kerajaan kerana sebuah Politeknik Metro hanya berharga RM20 juta, sekali gus pendekatan itu mengelak usaha kita memberi peluang pelajar menguasai kemahiran tidak terhalang dan pada masa sama dapat meneruskan agenda pembangunan negara,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, semalam.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, kerajaan juga dalam RMK-10 akan menyiapkan tujuh lagi politeknik yang kini dalam pembinaan bagi memperkasakan sistem pengajian politeknik yang sebelum ini dikatakan pilihan kedua kalangan pelajar.
Beliau berkata, pendidikan politeknik sudah melalui proses transformasi dengan tiga daripada 27 politeknik dinaikkan taraf menjadi politeknik premier untuk lepasan sekolah membuat pilihan tepat melanjutkan pengajian tinggi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Politeknik Metro yang diwujudkan di bandar besar, menawarkan pengajian lebih fleksibel iaitu sepenuh dan separuh masa bagi melahirkan pekerja mahir dalam industri perkhidmatan yang semakin berkurangan pada masa ini. Beliau berkata, pembinaan Politeknik Metro hanya memerlukan peruntukan RM20 juta berbanding politeknik tradisional yang berharga antara RM300 juta hingga RM350 juta. “Politeknik Metro akan ditonjolkan sebagai pusat menampung keperluan industri perkhidmatan yang pada masa ini kurang pekerja mahir.

“Pemilihan bandar besar bagi mengurangkan kos yang perlu ditanggung kerajaan kerana sebuah Politeknik Metro hanya berharga RM20 juta, sekali gus pendekatan itu mengelak usaha kita memberi peluang pelajar menguasai kemahiran tidak terhalang dan pada masa sama dapat meneruskan agenda pembangunan negara,” katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, semalam.

Sementara itu, Mohamed Khaled berkata, kerajaan juga dalam RMK-10 akan menyiapkan tujuh lagi politeknik yang kini dalam pembinaan bagi memperkasakan sistem pengajian politeknik yang sebelum ini dikatakan pilihan kedua kalangan pelajar.
Beliau berkata, pendidikan politeknik sudah melalui proses transformasi dengan tiga daripada 27 politeknik dinaikkan taraf menjadi politeknik premier untuk lepasan sekolah membuat pilihan tepat melanjutkan pengajian tinggi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...