06 May 2011

INPUT KURSUS AUTOCAD SESI DISEMBER 2010

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera

salam 1 Malaysia

          Pada 03 Mei 2011 hingga 05 Mei 2011 telah diadakan kursus lukisan terbantu komputer, AUTOCAD 3D di Politeknik Kota bharu bertempat di Makmal Komputer 1 dan makmal komputer 2 Politeknik Kota Bharu. kursus anjuran
Persatuan Pelajar Kejuruteraan Mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu ini telah melibatkan pelajar yang terdiri daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu semester 5 & 6 seramai 62 Peserta.

Peserta tekun mempelajari aplikasi - aplikasi yang terdapat pada AutoCAD 3D
          Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun diadakan pada waktu cuti. ini menunjukkan betapa berkomitmennya setiap pelajar jabatan kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu dalam menyertai aktiviti yang dianjurkann oleh Persatuan Pelajar kejuruteraan Mekanikal(PPKM) Politeknik Kota Bharu. 

salah seorang peserta diberi tunjuk ajar oleh tenaga pengajar
          Kursus ini dikendalikan oleh 4 orang pensyarah daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang berpengalaman dalam bidang AutoCAD 3D. Menurut salah seorang peserta kursus ini mempunyai banyak faedah dan input - input kepada pelajar dan mereka mengharapkan agar kursus ini menjadi aktiviti wajib bagi  Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu bagi setiap semester yang akan datang. 


Peserta menyiapkan latihan yang diberikan

saling membantu dalam memahami aplikasi AutoCAD 3D dalam kalangan peserta

ketekunan peserta menyiapkan tugasan yang diberikan


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...